Pertandingan Memancing Kolam Parai View Kota Marudu, Sabah

Pertandingan Memancing Kolam Parai View Kota Marudu, Sabah | Sukacita dimaklumkan, satu pertandingan memancing di kolam air tawar Kolam Parai View, Kampung Panaitan 2 di Kota Marudu, Sabah akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 26 Disember 2016
Lokasi: Kolam Parai View, Kampung Panaitan 2, Kota Marudu, Sabah.
Masa: 8 pagi hingga 1 petang
Yuran: RM45/Joran/1 mata kail/Bolt sahaja


Anda yang berada atau menetap di kawasan Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan Pitas bolehlah datang memeriahkan pertandingan memancing ini.

Terdapat 5 peluang untuk dimenangi, Hadiah Utama Sapu Bersih, Ikan Terberat, Ikan Terberat Keluar Rank, Jackpot Ikan 7kg keatas dan juga Cabutan Bertuah untuk 'Special Christmas'.

Sebarang pertanyaan berkaitan pertandingan ini, anda boleh menghubungi :

MEL - 013-8719835
HENREY - 011-31426030

Semoga berjaya dan salam Pacak!

Cara Memasang Umpan Udang Hidup Dan Mati

Cara Memasang Umpan Udang Hidup Dan Mati | Tip dan panduan memasang umpan udang hidup harus dipelajari dahulu sebelum menggunakan umpan udang hidup kerana teknik yang salah akan mempercepatkan udang tersebut mati.

Ketahanan udang hidup bergerak didalam air ditentukan cara kita memasang mata kail itu ke bahagian badan udang hidup berkenaan. Lihat beberapa keping gambar dibawah untuk memahami cara pasang umpan udang hidup ini.
Pasang mata kail dibahagian keras di kepala udang hidup
Pasang mata kail dihujung ekor udang hidup
Bagaimana pulak dengan cara memasang umpan udang mati di mata kail kita? lihat gambar dibawah untuk lebih memahami..
Potong bahagian kepala udang mati dan masukkan hujung mata kail sehingga keluar di bahagian ekor
Potong bahagian ekor udang mati dan masukkan mata kail sehingga keluar di bahagian kepada udang
Nampak mudah kan? video dibawah menerangkan secara terperinci cara memasang umpan udang hidup dan yang telah mati di mata kail anda.



Semoga bermanfaat dan selamat memancing...


Pertandingan Memancing UNIMAS Kali Ke-6 - 20 November 2016

Pertandingan Memancing UNIMAS Kali Ke-6 | Sukacita dimaklumkan kepada kaki pancing yang bermastautin di negeri Sarawak, khususnya yang tinggal di kawasan Kota Samarahan, Kuching, Serian, Bau, Lundu, Sematan dan Sri Aman.

Satu PErtandingan Memancing akan diadakan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sempena Majlis Konvokesyen yang akan diadakan di kampus berkenaan. Untuk memeriahkan lagi, pelbagai aktiviti sampingan yang dijalankan melibatkan kehadiran kanak-kanak, ibubapa dan kaki pancing.


Joran Confest UNIMAS Kali Ke-6

Kali ini, Pertandingan Memancing UNIMAS menawarkan hadiah yang lebih lumayan berbanding tahun sebelumnya. Hadiah tersebut adalah berupa wang tunai dan hamper:

JOHAN - RM5000 + Peralatan Memancing
NAIB JOHAN - RM2000 + Peralatan Memancing
KETIGA - RM1000 + Peralatan Memancing

KE-4 HINGGA KE-10 - RM80 + Peralatan Memancing
KE-11 HINGGA KE-20 - RM50 + Hamper

Syarat-Syarat Pertandingan

Berikut adalah syarat-syarat pertandingan, sila baca dengan teliti supaya penyertaan anda tidak dibatalkan akibat melanggar peraturan nanti.

Yuran Penyertaan

Pertandingan Memancing ini adalah terbuka kepada semua pelajar Universiti san masyarakat umum. Dan, bayaran yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini adalah:

1 JORAN - RM30
2 JORAN - RM50

Terpulang dengan anda nak bawa berapa Joran, asalkan bayar. Teknik Casting, penggunaan umpan tiruan dan organ dalaman haiwan adalah tidak dibenarkan sama sekali. Hanya 2 mata kail sahaja untuk satu Joran. Jika ada bantahan, bayar RM200, tapi jangan harap untuk ambil balik, hangus begitu saja loo..



Tarikh Tutup Penyertaan : 17 November 2016

Walaubagaimanapun, jika anda tinggal diluar kawasan Kuching/Samarahan anda dikehendaki berhubung dengan PIC pertandingan iaitu:

Irra Nur Syahirah Binti Jumat - 013-8868440
Zahra Farhana Binti Hasbi - 019-4674773
Mohd Norshafik Bin Jamil - 013-5966948

Untuk pendaftaran, anda boleh datang ke kaunter pendaftaran Unimas yang akan dibuka kelak. Pendaftaran ketika pertandingan juga diterima, cuma untuk mengelakkan kesesakan, pendaftaran awal mungkin lebih baik. Semasa pertandingan, anda dikehendaki mengemukakan resit pembayaran untuk menerima sticker untuk dilekatkan di Joran anda.

Semoga berjaya nanti...

Teknik Pancing Udang Galah Dan Umpan Terbaik

Ada banyak teknik atau petua yang digunakan kaki pancing untuk menangkap udang galah. Adakah benar udang galah sukar untuk ‘dijatuhkan’? Apakah taktik untuk memancing udang galah meragut umpan yang ditawarkan? Pertama sekali, kenali dahulu spesies ini. Barulah anda ada pengetahuan untuk menaikkannya. Entri kali ini memberi beberapa tip yang boleh anda ikuti untuk menangkap udang galah.


Udang Galah

Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor yang boleh makan apa sahaja di hadapannya. Bagi memudahkan kita untuk mengesan udang galah, seeloknya gunakan umpan berbau. Jika di kawasan air jernih, udang galah sangat peka dan agak sukar untuk ditangkap melainkan jika dipancing pada waktu malam atau di lokasi yang didominasi haiwan ini.

Umpan Terbaik Udang Galah

Umpan yang selalu digunakan untuk memancing udang galah adalah:
  1. Perumpun (jenis sarang, bakau, pantai, dan nipah)
  2. Cacing tanah 
  3. Anak udang
  4. Isi kerang
  5. Remis
  6. Isi ikan
  7. Hati ayam
  8. Jantung ayam
Umpan jantung atau hati ayam tetapi lebih sesuai digunakan jika anda memancing di kolam. Jangan pasang umpan yang terlalu besar pada mata kail kerana ia akan melambatkan udang galah untuk menelan mata. Sebaiknya sediakan umpan yang sepadan dengan mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenisnya bergantung pada batang pancing.

Tidak Bermusim

Kebanyakan kaki pancing suka untuk menangkap udang galah kerana ia tidak bermusim. Tapi waktu terbaik untuk mendapatkan udang galah adalah pada musim kering (tiada hujan sebelumnya). Selain itu, menghendap udang galah pada waktu malam juga lebih mudah.

Seandainya anda memilih kawasan pendalaman seperti hulu sungai atau bekas lombong lama, eloklah ambil berat tentang soal keselamatan. Tempat yang tidak dikenali seperti itu biasanya berbahaya. Jika anda anda terdengar cerita tidak ‘elok’ tentang lokasi itu, tak perlulah menempah bahaya unuk ke sana.


Jika anda mahu mencari udang di muara sungai, biasanya udang galah akan banyak selepas beberapa hari turunnya hujan di tempat itu. Bila hujan, airnya akan keluar ke laut melalui sungai. Haaa... Air inilah yang membawa udang galah bersama. Pada waktu ini, udang galah akan banyak di kawasan muara sungai. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila air di muara sungai kembali payau atau masin.

Jenis Perambut

Perambut yang dicadangkan adalah yang menggunakan tangsi 6-12 paun. Ia sudah memadai untuk menampung berat udang. Tali tangsi 12 paun boleh menampung sebanyak 5.5kg (maksimum). Kebiasaannya, berat udang galah dalam lingkungan 50-500gm sahaja. Gunakan mata kail nombor 6 hingga mata kail nombor 8 kerana saiz ini paling sesuai.

Kesimpulannya, udang galah tidak bermusim. Bila-bila masa pun ada! Cuma mungkin kurang sedikit di muara sungai selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.

Sumber rujukan: umpan,karangkraf

Lihat Bagaimana Cara Wanita Cantik Ini Menangkap Ikan Di Battambang, Cambodia

Sejak kebelakangan ini, admin jarang berkesempatan untuk pergi memancing. Disebabkan kekangan masa dan juga ketiadaan rakan untuk memancing, maklumlah bukan orang jati Sarawak memang takut turun ke sungai dengan adanya binatang reptilia besar yang tinggal di pelusuk sungai. Bila-bila masa saja binatang reptilia ini akan menyerang mangsanya.


Untuk tatapan kaki pancing, admin akan tetap update blog ini dengan teknik, isu semasa dan video menarik tentang memancing agar blog pancing elih ini tidaklah terkubur begitu saja. Kali ini, admin ingin berkongsikan satu lagi video wanita cantik yang masih remaja menangkap ikan di Battambang, Cambodia.



Video tentang wanita-wanita Batambang, Cambodia ini memang sudah lama menjadi viral di laman sosial. Teknik mudah dan kreatif (cara tradisional disana) ini mungkin boleh dilakukan di negara kita juga. Selalunya dikawasan sawah padi dan longkang/parit ladang kelapa sawit.

Mari kita lihat video dibawah ini...


Persoalannya, mampukah kita setabah wanita ini? kalau kita dah lama guna water pump untuk buang air tu..jangan-jangan dah ada letak tuba atau racun untuk memudahkan tangkap ikan. Cara ini tradisional disana, dan lebih mesra alam..

Teknik Pancing Ikan Tuna Terbaik Dengan Guna Drone

Teknik Pancing Ikan Tuna Terbaik Dengan Guna Drone | Mungkin penggunaan Drone di Malaysia adalah haram, namun setahu Admin pengharaman itu dibuat ketika terbangnya Drone merakamkan keadaan di kawasan KLIA 2.


Kedua, tiada kompetensi untuk pengendali Drone di Malaysia. Maka, pengeluaran lesen agak sukar. Berbeza dengan masyarakat di barat, penggunaan Drone adalah seperti hobi saja. Drone digunakan untuk memancing ikan dengan berjayanya.

Lihat video yang saya perolehi daripada Facebook dibawah...


Memang menarik! tetapi pengendali drone haruslah mahir kalau tidak sia-sia drone tu masuk ke laut. Harga drone ini bermula dari RM89++ hingga puluhan ribu ringgit. Ianya banyak dijual di laman web online shopping seperti Lazada.com.my.

Sebagai contoh...



Jika berminat, bolehlah dapatkan satu set drone untuk kegunaan sendiri. Tetapi, jangan sekali-kali gunakan di kawasan hak milik kerajaan atau kawasan larangan lain.

Selamat menikmati suasana memancing menggunakan drone..bila dah rakam video, jangan lupa share k..

TIP MEMANCING

Kategori